"Were Are Here To Protect Your Money & Gain Your Wealth"

Thursday, November 4, 2010

Tips : Sandarkan Setiap Sen Yang Di Belanjakan Dengan Emas

Sebenarnya wang yang kita perolehi hasil titik peluh selama 
kita bekerja ini sebenarnya adalah wang fiat (iaitu wang yang 
tidak disandarkan dengan emas).

Ianya langsung tidak bernilai bahkan ianya masih kekal digunakan 
pun hanya kerana ianya masih diterima oleh para pengguna 
(kita semua) sebagai medium pertukaran.

Tetapi malangnya kita tidak mampu untuk mendesak pemerintah
agar membuat penyelarasan semula dengan mengimbangkan 
diantara jumlah wang ringgit yang telah dicetak dengan rizab 
simpanan emas.

Justeru, langkah yang boleh kita ambil ialah, kita sendiri perlu 
menyandarkan wang yang kita perolehi dengan emas!!

Caranya?

Mudah saja, sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik
 untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal 
dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan 
pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas
dahulu.

Selepas anda beli emas, pajakkan di Ar-Rahnu dan tunai yang 
anda dapat hasil dari pajakan itulah yang boleh anda digunakan
untuk keperluan tersebut.

Rasionalnya?

1- Membeli barangan susut nilai (Kereta, TV lcd, Laptop, 
Motosikal & etc)

Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan 
kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar
kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

Anda hanya perlu maintain upah simpan 6bulan sekali dan apabila 
sampai waktunya nanti (kenaikan harga emas) anda boleh jualkan 
emas tersebut dan keuntungan hasil jualan tadi akan mengurangkan 
kerugian anda diatas belian barangan susut nilai tadi dan tidak 
mustahil dalam masa yang sama anda akan meraih keuntungan, 
sekaligus membuatkan barangan tadi anda perolehi secara percuma!!.

2- Modal Perniagaan

Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, 
sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda 
dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan 
hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya 
digunakanuntuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi 
sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, 
untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda 
dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain 
bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata 
kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun 
anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda 
boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula
kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, 
pajakkan dan mulakan perniagaan baru. 

Sedarlah, jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis, 
jatuh terduduk dan sebagainya seandainya anda kerugian di 
dalam perniagaan anda, kerana risikonya telah diminimakan 
oleh emas!!!

3- Pelaburan (Hartanah, Saham, Unit Amanah etc)

Ramai orang mengatakan bahawa pelaburan hartanah 
sememangnya menguntungkan, tetapi amat jarang yang 
mengatakan berkenaan risiko kerugiannya.

Apakah pelaburan hartanah tiada risiko?
Bagaimana jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat2 
bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak 
mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak 
mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah 
anda akan dilelong!!

Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan 
emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku 
kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!!

Begitu juga ketika berlakunya bencana atau peperangan 
seperti peristiwa 9/11 cthnya, jika anda mempunyai hartanah 
di kawasan bandar di U.S sudah tentu penyewa anda akan lari 
dan anda perlu menanggung risiko yang hartanah anda akan 
dilelong. Tetapi jika anda sandarkan pelaburan tersebut dengan
emas, anda akan menikmati keuntungan hasil kenaikan emas 
sebanyak 9% dan perak 11% pada hari itu!!


Kesimpulannya, emas bukan sahaja bertindak sebagai pelindung 
kepada nilai harta anda, tetapi ia juga bertindak sebagai pelindung
kepada kerugian dan peminima risiko perniagaan dan pelaburan 
anda.

Semoga anda dapat mengambil iktibar hasil dari tips ini, dan 
jangan berlengah lagi, hubungi saya sekarang dan beli emas 
sebanyak mungkin sebelum ianya mencecah $ 2,000 per oz pada
hujung tahun hadapan!!

Anytime just call/sms saya di 019-3637046

No comments:

Post a Comment