Untuk kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang
amat penting kepada anda, sebenarnya ramai yang
tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap
perbelanjaan kita dengan emas.
Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada
pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi
bernilai apabila disandarkankepada rizab simpanan
emas.
Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebih
nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu
yang dipanggil "Fiat Money".Ianya hanyalah sehelai
kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya,
tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.
Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat
yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.
Caranya?
Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai
yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh
anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah
nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.
Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah
individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas
adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran
kepada wang tunai anda.
Contoh :
Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak
RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank
untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga
RM 70k.
Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau
membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu
yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti
disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance,
ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak,
sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.
Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan
belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang
meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami
kerugian!!
Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut
dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai
dan bayar kereta tersebut secara tunai.
Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%,
selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah
sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah
menjadi RM 175,000.00.
Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan
menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :
RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00
(Pinjaman Ar-Rahnu)= RM 105,000.00
RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun)
= RM 83,400.00
(Untung dlm tgn)
Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat
semula RM 83,400.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00
(Untung dlm tgn) = RM 16,600.00
Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta
yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar
RM 16,600.00!!
Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah
kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau
membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00
untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya
mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!
Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu
bagaimana untuk memanipulasikan kewangan
melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan
setiap sen wang anda.
Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!
Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu
harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih
tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan
Ar-Rahnu!!
Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah
untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.
Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan,
masih banyak lagi yang tersimpan dalam kepala saya,
dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada
bila-bila masa!!
Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tak ternilai harganya
ini, cukuplah jika anda memahami konsep ini dan
bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi
kerugian dengan cara menghubungi saya di 019-3637046
dan beli emas sebanyak mungkin....!!
Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai
Wang
Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan +
6 bulan + 6 bulan,kemudian jika anda masih mahu
meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation
semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah
18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan
seterusnya.
Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda
akan mendapat lebihan tunai lagi!!
Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima
pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!!
No comments:
Post a Comment