"Were Are Here To Protect Your Money & Gain Your Wealth"

Saturday, October 23, 2010

Interesting TodayPengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM 
boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.


Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. 
Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. 
Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.



USD makin lemah, RM semakin kuat.



Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)
Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.
Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html




Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629



Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram
= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya


1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i


Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda

No comments:

Post a Comment