"Were Are Here To Protect Your Money & Gain Your Wealth"

Saturday, October 23, 2010

Anda Perlu tahu tentang pelaburan emas..........

Pelaburan dengan emas di katakan lebih menguntungkan dari pelaburan ASB. Sedikit perkara yang kita perlu tahu mengenai pelaburan emas :
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.


Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..


Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?


Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?


Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.


Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.


Bagaimana?


Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.


Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

No comments:

Post a Comment