"Were Are Here To Protect Your Money & Gain Your Wealth"

Thursday, October 28, 2010

Perancangan Dinar Untuk HAJI

Asslamualaikum dan salam 1malaysia
td ngah syok2 surf tenet terjumpa 1 blog ni http://telukemas.blogspot.com/. hebat gak tajuk dia pasal simpanan dinar untuk menunaikan haji. Huraian kat bwh nie.

Sekarang tiba lagi musim haji, yang merupakan rukun Islam ke-5 bagi setiap umat Islam. Kepada sahabat, saudara-mara dan rakan taulan yang akan menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini diucapkan selamat menunaikan ibadah dan doa saya anda semua dikurniakan kesihatan yang sempurna, dapat menjalani setiap rukun dengan sempurna dan memperolehi haji yang mabrur yang menjadi impian setiap insan. Insyaallah suatu hari nanti saya juga akan mengikuti jejak tuan-tuan dan puan-puan dalam menjalani ibadah ini yang mana sememangnya menjadi impian.

Kali ini saya ingin menulis sedikit bagaimana Dinar dapat membantu merealisasikan impian untuk menunaikan haji dengan lebih cepat dan sempurna, nak tahu mari kita lihat, masing-masing kena keluarkan kalkulator untuk mudah kita buat kiraan.

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan-bulan Haji dengan mengerjakan Rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan lain-lain. Ia difardhukan Allah pada Tahun 5 Hijrah keatas setiap orang Islam, lelaki dan wanita yang berakal, baligh dan berkemampuan. Haji adalah salah satu 5 Rukun Islam. 
Firman Allah swt bermaksud, “Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah:196). “Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam” (Ali Imran:97). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Haji yang Mabrur, tiada balasan baginya selain Syurga”.
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!” 




Kos untuk menunaikan haji pada tahun 2006 adalah sekitar RM 10,000, ayuh kita kira bagaimana simpan dinar lebih untung.....

Tahun 2002 - 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar

Tahun 2003 - 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar

Tahun 2004 - 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar

Tahun 2005 - 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar

Tahun 2006 - 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar

Tahun 2007 - 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar

Tahun 2008 - 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar

Tahun 2009 - 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar

Bagi tahun 2010 pakej untuk mengerjakan haji meningkat kepada lebih kurang RM 13,000 tetapi Kerajaan memberi bantuan sebanyak lebih kurang RM 3060 menjadikan dalam anggaran RM 9940. Jika angka itu kurang tepat saya pohon kemaafan ini sekadar kiraan untuk menampakkan bagaimana dengan Dinar kita lebih cepat cukup nilai untuk ibadah haji, ini kerana nilai pegangan Dinar ditangan yang semakin naik nilainya dari tahun ke tahun.

Jadi kita mulakan mulai sekarang untuk menyimpan Dinar dimana harga sekarang adalah RM 639.00 untuk 1 Dinar jadi berapa target kita untuk cukup kadar pakej tersebut, RM 13,000 (Kadar pakej 2010 ) bahagi RM 639.00 = 21 keping.

Jadi bagaimana dengan tahun hadapan, sudah semestinya jumlah dinar akan berkurangan kerana harga Dinar yang semakin meningkat harganya.Jika berdasarkan trend ini, dan mula meyimpan dalam DINAR sekarang sebanyak paling kurang 2 Dinar setahun, pada tahun 2015 insyaAllah kita akan mampu membiayai haji dengan kos 10 Dinar!!
kesimpulannya simpanan emas kita ni mmg untung dan TIDAK sama sekali merugikan.
Jd pada sape2 yang berminat untuk memiliki Dinar emasGold bar atau Public jewellery yg murah ni leh contact saya 019-3637046

M.Nasir mengahwini norlia pada tanggal 31 ogos 2000.


 Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.
Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka.
Menurut M.Nasir, dia memilih wang dinar tersebut kerana 'ingin kembali kepada tradisi Islam.'
(petikan dr utusan online arkib 03/09/2000)

Jika pada ogos tahun 2000 nilai 13 keping dinar emas bersamaan Rm2000
sekarang harga 1 dinar bersamaan rm627. Jadi kalau 13 dinar pada masa ini bersamaan
13 x 627 = Rm 8151

Cuba anda kirakan sendiri berapa % kenaikan tersebut.
jika anda mempunyai wang tunai Rm2000 pd masa itu dh hanya menyimpan dlm bank atau asb dlm ms 10tahun sy yakin pulangan anda tidak akan sampai ke tahap ni.

Jika anda inginkan keuntungan sebegini bolehlah bermula dari sekarang. Masih tidak terlambat untuk anda menyimpan emas untuk mengaut pulangan tinggi di masa akan datang. Harga emas akan terus meningkat dan terus meningkat.

Anda sendiri yang tentukan nasib anda di masa hadapan.

Saturday, October 23, 2010

Promosi untuk anda semua.....!!!!

Promosi untuk anda semua untuk menjadi dealer Public Gold masih dibuka sehingga 30 Oktober 2010. Jangan lepaskan peluang anda ini. Rebut peluang ini dengan sebaik yang mungkin..


Syarat untuk menjadi dealer bermula pada November 2010 ialah 40 ribu..
Berbanding sekarang ini anda hanya perlu membayar 20 ribu sahaja untuk menjadi dealer yang sah..


Kami disini sedia membantu anda..


Jangan berlengah lagi..
Ingat!!!Masa itu emas..


Call and sms : 019-3637046 
email : goldmoney87@yahoo.com




Interesting TodayPengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.

Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM 
boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.


Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. 
Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. 
Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.



USD makin lemah, RM semakin kuat.



Kaedah mengira harga emas pasaran dunia (spot gold)
Jika anda berminat mengetahui cara pengiraan di secara manual maka anda boleh menggunakan kaedah ini:
1. Dapatkan harga spot gold bagi 1 Oz di www.kitco.com
2. Dapatkan kadar pertukaran USD – RM di laman web Bank Negara Malaysia.
Caranya: Lihat laman web kitco http://www.kitco.com/charts/livegold.html




Anda dapati harga terkini spot gold pada 22 Ogos 1:42 waktu New York adalah USD1228. Harga ini merujuk kepada 1 Oz emas (p/s: 1 Oz emas bersamaan 31.10 gram).
Kemudian anda buka laman web Bank Negara Malaysia dan lihat di bahagian exchange rate USD kepada Ringgit Malaysia.
Ini linknya: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629



Selepas itu kita boleh buat pengiraan:
Harga spot gold untuk segram emas di dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut:
(harga emas 1 Oz x exchange rate) / 31.1 gram
= (1228 USD x RM3.1355) / 31.1 gram
= RM3850.39 / 31.1 gram
= RM123.80 / gram
Jadi, harga spot gold emas ialah RM123.80 segram.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya


1. Harga Harian Syiling Kijang Emas
2. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)
3. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)
4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)
5. Harga Dinar Emas Kelantan
6. Harga Emas UOB Bank Gold Products 
7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)
8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving
9. Harga Emas Kuwait Finance House Gold Investment Account-i


Harga barang kemas di Malaysia.

Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)http://www.fgjam.org.my  sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
3. Bagaimana mengira harga emas di pasaran dunia (spot gold)
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Mereka akan berterima kasih kepada anda

Anda Perlu tahu tentang pelaburan emas..........

Pelaburan dengan emas di katakan lebih menguntungkan dari pelaburan ASB. Sedikit perkara yang kita perlu tahu mengenai pelaburan emas :
Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.


Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..


Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?


Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?


Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.


Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.


Bagaimana?


Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.


Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Wednesday, October 20, 2010

Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?

Pinjaman utk membeli atau menyimpan emas adalah yg terbaik
jika anda merancang dgn betul. Rancanglah perbelanjaan anda.
“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?


So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini


Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…




JAWAPAN:-
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Mudah kan?


Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”


Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.


Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..


Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.


Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00


Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.


Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)


.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)


Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz


Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).


Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!


Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!


Anda untung 51.88%


Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).


Berapa untungnyer? Jom kira…


Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!




Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)


Kesimpulannya…


Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…


Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…


Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar,
tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan.
Ini adalah panduan semata-mata.
Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda.
Saya cuma berkongsi ilmu








-rujukan http://jutawanemas.com

Tuesday, October 19, 2010

Peluang Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat dan ceria, renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif…
 
DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK STABIL, MEMBELI EMAS ADALAH PELABURAN TERBAIK
 
Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMASakan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

 
EMAS adalah wang yang sebenarnya.  Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMAS untuk pelaburan jangkamasa panjang, sederhana atau pendek.

 
BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahun dahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT!Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!

Bagaimana Untuk Memulakan Pelaburan Emas?
Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Pelaburan Emas?
Bagaimana Memaksimakan Keuntungan dalam Pelaburan Emas?
 
Ikuti artikel berkenaan dan banyak lagi dari masa ke semasa di www.saudagardinar.com atau berhubung terus dengan AgenSaudagar Emas Trading anda.
 
JANGAN BERLENGAH LAGI… ramai yang sedang mula mengumpul EMAS mereka sekarang! Jadilah sebahagian dari mereka!

Emassssssssssss.................

Pengenalan


Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia.
koleksi emas saya.....syoronok pegang emas nie...:)
Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas - sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.
Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.


Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi.
Untuk memahami kenapa Dr. Mahathir mencadangkan sistem dinar emas, kita perlu melihat kembali kepada krisis mata wang Malaysia yang berlaku pada Julai 1997.


Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.


Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).
Betul tak?
Maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?


PULAU PINANG 8 Mac - Para pelabur di negara ini kini berpeluang memiliki dinar emas dengan mudah dan pada kos yang lebih rendah melalui kemudahan yang ditawarkan oleh Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold).
Pengerusi Eksekutif syarikat itu, C.H. Ng berkata, untuk membeli dinar emas seseorang pelabur itu boleh menyemak harga semasa logam itu di pasaran dunia dengan melayari laman web www.publicdinar.com.




EMAS / WANG KERTAS
Tiada susutnilai dan inflasi. Pada zaman Nabi S.A.W., harga seekor kambing adalah sedinar.  Pada zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang adalah lebih kurang RM460.00.      (1 Dinar = 4.25gm).
Setiap hari susutnilai. Satu ketika dahulu contohnya, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah = RM35.00. Dulu nilainya lebih tinggi.


BERNILAI kerana ia logam.
DIPERNILAI kerana ia kertas yang dicop sahaja.


Mudah, Murah Dan Terjamin