"Were Are Here To Protect Your Money & Gain Your Wealth"

Thursday, December 2, 2010

Nilai Ringgit Semakin Mengukuh, Tetapi Apakah Faedah Yang Bakal Anda Nikmati?

Rasanya ramai yang telah menyedari bahawa sejak kebelakangan ini nilai RM semakin mengukuh berbanding nilai USD.


Masih segar di ingatan kita semua, ketika krisis ekonomi dunia pada tahun 
1996, yang mana pemimpin kita pada ketika itu Tun Dr Mahathir dalam 
usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara telah menambat nilai RM 
dengan USD agar apa2 jua situasi yang berlaku di Amerika tidak akan 
memberi kesan buruk terhadap pembangunan semula ekonomi negara.

Namun pada tahun 2005 setelah negara bertukar pucuk pimpinan, nilai RM 
kembali diapungkan semula dengan bersandarkan nilai USD.

Persoalannya, pada ketika nilai RM semakin mengukuh, sepatutnya harga 
barangan di negara ini menjadi semakin murah ekoran kos perbelanjaan 
untuk barangan Import Eksport menjadi semakin rendah disebabkan 
pengukuhan nilai RM, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Saya ingin memaparkan sedikit komen oleh mantan PM kita mengenai 
situasi yang berlaku ini. Sama-samalah kita renungkan dan fahami.


Mantan Perdana Menteri Malaysia

Mata wang tempatan ringgit mungkin perlu ditambat semula bagi 
membolehkan negara mendapat faedah daripada pengukuhan nilainya, kata 
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kuasa beli rakyat masih rendah biarpun nilai mata wang negara semakin meningkat, sekali gus mendorong kepada penurunan nilai import .

"Kita tidak perlu menghentikan tambatan ringgit kerana kebanyakan negara 
di dunia sekarang menentukan nilai mata wang mereka mengikut undang-
undang.

"Kuasa beli rakyat sepatutnya meningkat apabila mata wang semakin 
mengukuh kerana mereka sudah mampu membeli barangan dengan harga 
lebih murah berbanding ketika ringgit berada dalam keadaan lemah nilainya.

"Oleh kerana kita tiada kuasa untuk menentukan nilai ringgit dan memilih 
untuk memberhentikan tambatan ringgit, kita kena terimalah bahawa kita 
tidak merasai apa-apa manfaat daripada pengukuhannya," katanya

Dr. Mahathir berkata demikian di dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan di Siri Ceramah Islam Antarabangsa Labuan di sini hari ini.

Beliau menambah, Malaysia sebenarnya mengambil langkah kebelakang 
apabila membenarkan nilai ringgit ditentukan oleh pasaran terbuka.

"Di dalam perang mata wang hari ini, kita hentikan (menambat ringgit) 
sedangkan orang lain melaksanakan tindakan yang kita pernah buat dahulu," ujarnya.

Dr. Mahathir, pada September tahun 1998, telah melaksanakan sistem 
tambatan ringgit, sebagai salah satu reaksi untuk menangani kemelut mata 
wang Asia Timur 1997-1998 yang melanda Malaysia dan negara-negara 
rantau ini.

Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005, kerajaan memutuskan memansuhkan 
tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.

Nah, kini anda telah dapat memahami situasi yang berlaku kan?

Justeru, ayuhlah kita sama-sama menyimpan emas, semoga dengan 
peristiwa2 yang berlaku ini dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada 
anda semua tentang betapa pentingnya menyimpan emas berbanding wang 
kertas.

Ini kerana komoditi berharga ini memegang nilainya sendiri dan tidak dapat dimanipulasikan oleh sesiapa pun berbanding wang kertas yang amat mudah 
sekali dimanipulasikan nilai dan kepentingannya!!

Hubungi saya sekarang untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas!!

No comments:

Post a Comment