"Were Are Here To Protect Your Money & Gain Your Wealth"

Monday, December 6, 2010

Azam Tahun Baru 1432 Hijrah 1 dinar = 1 bulan

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1432

Assalamualiakum semua...
yang blm solat subuh silakan solat.. azam tahun baru katakan :)

Kepada peminat2 emas dan pelabur2 emas..semoga tahun yg akan datang 
ini boleh mendatangkan keuntungan yg byk kepada kita. Emas dan perak 
adalah matawang Islam yang telah di janjikan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. 

Sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1432 ini juga mungkin anda juga 
boleh tanamkan azam baru spt "JADIKAN SIMPANAN 1 BULAN I DINAR 
UNTUK ANDA". Bagi yang berkemampuan "JADIKAN SIMPANAN ANDA 
20GRAM UNTUK 2 BULAN"  Keuntungan berganda akan anda rasai dan 
nikmati bila akhir tahun nanti, kerana harga emas akan terus naik dan naik. 
Anda boleh baca artikel2 saya yg lepas.

Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telah menulis : “Al-Quran 
ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum 
berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan 
sebagainya. Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran 
khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal 
ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii 
(duit yang lain).” 

Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabat serta 
pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara 
dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah 
tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh 
daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan 
denganjelas semua ukuran ini.” 

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah 
matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa 
kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua 
matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. 
Telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam. 

Pada zaman sahabat serta pengikutnya bahawa 1 dinar itu ialah 1 mithqal. 
Pada hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah bersamaan 4.25gram. 
Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina 
Umar Al-Khattab r.a.

Kesimpulanya belilah emas sekarang sebelum harga terus naik dan naik. 
Sekian saja untuk kali ini. Semoga anda semua mendapat munafaat darinya. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1432 HIJRAH.
HIJRAH IALAH SESIAPA YANG SANGGUP MENINGGALKAN APA YANG DI 
LARANG OLEH ALLAH S.W.T

Call me now to lock price now.....

No comments:

Post a Comment